spacer.png, 0 kB

Adverts

SA Kargo

Malaysia Kargo

 

Links

kelab-umno 
umnotv 
alumniumno 
umnolondon @ yahoo . com

News Feed

  • 'Proton needs foreign partner' 31:43 - 3.07.2009

    KUALA LUMPUR: The government is still open to the idea of a strategic foreign partner for Proton Holdings Bhd but it has to be on the right terms and conditions, said Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

  • JOHOR ASSEMBLY: Bio-Desaru draws RM236m investments 31:00 - 3.07.2009

    THE Bio-Desaru bio-agricultural project in Tanjung Balau, Kota Tinggi is set to move forward with RM236 million in investments from seven companies.

  • PM: Malaysians will support my actions 31:57 - 3.07.2009

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak said Barisan Nasional, including top Umno leaders as well as the Malays, are supportive of the various liberalisation measures he has announced since taking over as prime minister on April 3.

  • CROSSTALK: To cane or not to cane? 31:47 - 3.07.2009

  • Guidelines for discipline teachers 31:47 - 3.07.2009

    KUALA LUMPUR: Director-general of Education Tan Sri Alimuddin Mohd Dom said a teacher should not touch the student except for caning in private where the power has been delegated to him.

Syndicate

Counter

Number of page views: 15182
Number of visits: 29442

spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
Laman Utama
Visa Workshop Report - "The New UK and Immigration Visa Rules - how will they affect you?"
Thursday, 16 April 2009

Sample Image

 Sample Image

Berdasarkan sambutan positif dari tahun lepas, Kelab UMNO London sekali lagi telah menganjurkan Bengkel Visa UK pada 28hb March 2009 di Dewan Besar, Malaysia Student Department, London. Seramai lebih 30 orang telah hadir ke program ini yang juga merupakan anjuran bersama OMEC-YES. Mereka terdiri daripada golongan pelajar, professional serta warga-warga Malaysia yang bermastautin di London.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memaklumkan komuniti Malaysia di London tentang peraturan-peraturan Visa UK terkini yang akan dikuatkuasakan mulai 1hb April 2009 oleh pihak UK Border Agency. Usaha ini dianggap sebagai tindakan positif dalam memberi kesedaran umum tentang kepentingan memegang Visa UK yang sah, lantas membasmi penyalahgunaan Visa di kalangan rakyat Malaysia yang berada di UK.

Sesi selama dua jam ini dikendalikan oleh Anita Pali dan Benjamin Lawler dari agensi ‘The Visa Advisers’. Mereka menerangkan tentang syarat-syarat berdasarkan jenis-jenis Visa UK baru, antaranya adalah ‘Highly Skilled worker-Tier 1’ dan ‘Highly Skilled Worker-Post-Study Work’. Mereka juga menekankan factor-faktor penting yang boleh mempengaruhi permohonan Visa ditolak oleh pihak UK Border Agency samada untuk Visa baru mahupun Visa lanjutan.

Secara keseluruhannya, Kelab UMNO London amat berbesar hati kerana telah sedikit sebanyak membantu ramai warga Malaysia dalam mengendali isu Visa melalui program ini. Hadirin telah mendapat pemahaman yang lebih mendalam tentang syarat-syarat Visa dan telah memberi maklumbalas yang amat menggalakkan semasa sesi soal-jawab dengan mengemukakan banyak persoalan.

Bagi mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang peraturan-peraturan atau mengemukakan sebarang soalan berkenaan Visa UK, pihak ‘The Visa Advisers’ boleh dihubungi melalui email This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it atau telefon 02074711787.

Last Updated ( Thursday, 16 April 2009 )
 
Majis Perasmian Kursus Kepimpinan Kelab UMNO Luar Negara 2008
Sunday, 05 April 2009
Sample Image
 

Majlis Makan Malam & Perasmian Kursus Kepimpinan Kelab UMNO Luar Negara 2008 sempena Perhimpunan Agung UMNO 2008 telah diadakan di PWTC Kuala Lumpur pada 20hb Mac 2009. Program ini dihadiri oleh kira-kira 150 orang yang terdiri daripada para perwakilan dan pemerhati kelab UMNO Luar negara, pihak Sekretariat KULN dan peserta-peserta kursus.


Malam yang sungguh bermakna buat Kelab UMNO London ini melihatkan dua orang mantan pengerusinya, Khairuddin Mohd Hussin (2004-2006) dan Dzariman Ibrahim (2006-2008) menerima anugerah-anugerah Ikon Gemilang Kelab UMNO Luar Negara (KULN) yang telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi KULN YB Dato Seri Mohd Shafie Apdal.

 

Khairuddin Mohd Hussin yang juga bekas Setiausaha Agung BPN Kelab-kelab UMNO UK 2004-2006, telah menerima 'Anugerah Gemilang KULN 2008' di atas pencapaian beliau dalam kerjaya sebagai Pengurus Investment Banking CIMB Investment Bank Berhad serta menjadi ahli ‘Institute of Chartered Accountants in England & Wales’. Beliau telah berjaya memperbaiki dan menaikkan persepsi serta imej Kelab UMNO London di kalangan komuniti & jabatan-jabatan Malaysia di London. 

 

Dzariman Ibrahim yang juga merangkap Pengerusi BPN Kelab-kelab UMNO UK, telah menerima 'Anugerah Khas Pengerusi KULN Terbilang 2008' di atas sumbangan dan pembabitan beliau mengetuai jawatankuasa Kelab UMNO London dalam menjalankan lebih 70 program yang merangkumi pelbagai aktiviti ilmiah, keagamaan dan kesukanan, antaranya Forum Islamic Finance, Legacy TAR, Bicara Tokoh, Karnival Merdeka dan banyak lagi. Di samping itu, beliau juga telah mengurus dan menyelaraskan pentadbiran 17 buah cawangan kelab UMNO di seluruh United Kingdom di bawah BPN United Kingdom dengan cemerlang sejak 2006.

 

Selain daripada itu, Kelab UMNO London juga sekali lagi telah meraih 'Anugerah Kelab UMNO Terbaik 2008' bagi United Kingdom buat kali ke-5 berturut-turut sejak tahun 2004. Anugerah ini telah diterima oleh Kamarul Amir Mohamed, Perwakilan Kelab UMNO London bagi tahun ini, yang juga telah terpilih sebagai pembahas simpanan untuk Kelab UMNO Luar Negara. 

 

Diharapkan pencapaian-pencapaian ini bukan sahaja dapat menyuntik semangat kepada barisan jawatankuasa baru Kelab UMNO London untuk terus bergiat aktif, malahan dapat menjadi contoh inspirasi kepada kelab-kelab UMNO lain.  

 
Session With Tun Dr. Mahathir Mohammad
Sunday, 29 March 2009

 Sample Image

Kelab UMNO London would like to invite members and non-members to a special
session with Tun Dr Mahathir Mohammad. With the objective to increase the
understanding and importance of world peace with relations to the recent
siege of Gaza, this event which is organized by the Kuala Lumpur Foundation
to Criminalise War and the Malaysian High Commission under the Ministry of
Foreign Affairs, is open to all especially the Malaysians in the United
Kingdom.

Topic : "Criminalising War"
Date  :   1st  April 2009 (Wednesday)
Time :   5pm - 8pm
Venue: Malaysia Hall, Malaysia Student Department,
           Queensborough Terrace, London W2 3ST
 


Last Updated ( Sunday, 29 March 2009 )
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Results 1 - 7 of 66
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB